Sebiji Kereta Untuk Besfren Gua .

|
Gua tengah pening nak beli apa untuk hadiah besday bestfren gua ni?

isk .. lu orang rasa mana yang ok ?

yang ni ke


BMW 318i

ke yang ni


Hyundai Coupe

Tapi gua dah decide .

Erm gua pilih yang ni



Argh! Apa orang nak kata , kata la . Gua dah tak kisah . Besfren gua punya pasal , gua ingat gua beli yang ni je la .

Gua cuba ..

|
Sekarang bukan masa untuk main-main . Gua nak cepat abis belaja and terus bina karier . Gua rasa fucked up la tak abis lagi belajar . Menyampah pun ada mengadap buku , lecturer , kipas lecturer . Tapi gua terpaksa ..

Apa-apa pun gua semangat tak terkata !

Kenapa?

Sebab kawan seumur dengan gua sorang lagi nak kawin bulan 12 ni . Isk tak boleh jadi ni !

Semakin Hari Semakin Tua

|
Gua nyaris-nyaris dah lupa password blog ni . Nasib baik gua berjaya mengingatkan passwordnya dalam dua kali cubaan . Ha Ha Ha . Gua dah tua . Kalau tak , alamatnya gua dah malas nak berblog-blog ni . Bukan apa , gua nak post something pun pending berbulan-bulan sebab gua sumpah busy dengan kerja dan lain-lain .

Lewat kebelakangan ni , gua mengalami kepatahan kaki sebab kereta gua masuk bengkel . Enjin buat hal terpaksa top overhaul . Lebih kurang RM3K gak la akan melayang dari akaun nanti . Isk !

Macam mana dengan hari-hari lu orang ? Ada baik ? Gua ok2 aje bro .

Ah ye , gua nak share dengan lu orang . 3 hari lepas sedang gua elok kerja menjaga kaunter , datang seorang lelaki memakai tshirt CandidSyndrome (CS) . CS adalah the best wedding photographer team in Malaysia . Tapi pada gua diaorang lebih lagi dari hanya amik gambar orang kahwin sahaja . Gua macam cam tak cam muka dia . Gua recall balik line up2 CS dalam pale otak gua sebab slalu gak gua gi website depa tengok2 gambar2 . Gua tak cam sape dia ni .

Ok sambung ..

Lelaki tu datang ke kaunter untuk bayar sebotol kecik air Livita dan sebotol besar air mineral . Gua pun dengan selamba berkata .. ( sila ikuti dialog dibawah )

Gua : Abang nak g amik gambar orang kahwin ke?

Abang CS : Huh . Nape plak tanye camtu ?

Gua : Takde . Tengok abang pakai tshirt candidsyndrome .

Abang CS : Tau ke candidsydrome tu apa ?

Gua : Isk , tau skit2 . Tempat orang2 kamera hebat2 tu . Moqh crew CS tu
kawan lama saya .

Abang CS : Oh . (sambil tersenyum ) Moqh kawan awak ye ? Saye ni .. er .. saye ni
bos Moqh (dia sebut bos jek . Gua tiba2 dah knal sape dia ni )..
Saiful Nang .

Gua : Wah . Kira saya jumpa orang hebat la ni . Founder CS . Abang punya
gamba2 lawa la . Ingat kawin nanti nak panggil abang la .

Saiful Nang : Time kasih . Senang2 join la forum CS .

Itu sahaja gua ingat dialog antara gua dengan Saiful Nang .

Kalau lu orang budak-budak kamera mesti penah dengar-dengar nama dia . Apa tak penah dengar ? Gi bakar kamera mahal lu tu . Jangan poyo-poyo gantung kat leher lagi . Giler lu , dia dah tahap international ni . Gi London semata-mata nak amik gambar orang kahwin bukan perkara main-main . Gua respect sama dia . Dengan umur masih muda macam dia , dia dah pakai BMW (rasanya .. taktau la gua silap pandang hari tu) . Dengan umur macam dia , dia dah jadi official photographer for brunei royal family . Gempak!
Keep up the good work bro !

Gua pasang cita-cita nak berjaya macam dia dan Mawi . Ha Ha Ha . Mawi kaya dok !

Pada semua , kalau kita ada cita-cita dan minat . Teruskan lah . Gua tetap sokong cita-cita lu orang . Kang dah berjaya jangan lupa kawan-kawan . Cuma gua tolak kalau lu orang bercita-cita nak kahwin dengan Megan Fox . Tak masuk akal la lu nak kacip bini nombor 2 gua tu !

Exam Dah Habis .

|

Ibu kata manusia kena berpegang pada janji ...

|
Post ini bukan ada apa pun . Gua saja nak menaip tapi ada berkaitan dengan janji . Hari Raya cuma beberapa hari dari sekarang . Orang semua sudah sibuk balik kampung , paling tidak pun sibuk2 nak cari butang baju melayu . Tapi gua .. ?

Gua tak buat sebarang persiapan pun . Gua teringin nak beli baju raya lawa-lawa . Tapi memikirkan baju melayu dah cecah seratus ringgit lebih , gua batalkan buta-buta niat gua tu . Ha ha ha ..

Bukan sebab gua tak mampu . Nak beli 3 pasang pun boleh , cuma memikirkan gua bakal beraya sorang2 kat Bangi ni . Ibu dgn yang lain balik ke JB . Tinggal gua sorang2 sebab gua keja pada hari raya .

Sian kan ?

Semua ni sebab janji yang gua buat kat manager tempat kerja gua merangkap best buddy gua . Masa dia offer kerja tu dia tanya raya boleh kerja . Gua dengan confident kata boleh . So kat situ gua dah berjanji sebenarnya . Oleh kerana itu gua terpaksa dan harus menunaikan janji gua . Takpelah . Gua pun pernah raya kat KL sorang2 sebab kerja . Syahdu memang syahdu tapi apa nak buat . Ha ha ha .

Dah la..

Gua taknak taip lagi .. Sedih !

Melayu ?

|
Gua cuba cari mana melayunya gua . Terdapat beberapa point yang boleh membuktikan gua ni melayu . Berikut adalah point-point yang dapat gua kumpul :

- Nama kad pengenalan gua dalam kategori nama orang-orang Melayu ; btol .

- Dalam ic gua dia tulis gua Melayu ; btol .

- Gua boleh berbahasa Melayu dengan fasih ; btol .

- Gua mencarut dalam bahasa Melayu ; btol .

- Orang sekali tengok gua je , diaorang akan kata gua Melayu ; btol .

Gua dah rasa gua dah cukup serba-serbi untuk bergelar Melayu . Lu orang nak kata gua Melayu ? Tapi gua x konfiden la gua ni betul-betul Melayu . Sebab apa ?

Sebab ....



Gua tak pijak kepala lembu untuk isu kuil . Gua masih respek lagi sensitiviti kaum lain . Lu orang rasa gua dah cukup Melayu ke ?

Gua ..

|
Gua busy gile . Keja and study . Dah tunggang langgang dah idup ni . Daym !